Dia - Umie Nadzimah

Drama Dia lakonan Irwansyah (Adit), Izara Aishah (Emelda) , Janna Nick (Aira) dan ramai lagi menjadi drama ter'hot' setiap hujung minggu. Mana taknya, gabungannya dua negara ini sangat mantap. Malah membuatkan penonton - penonton tidak sabar menanti episode seterusnya. Drama Dia di siarkan setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad bermula jam 9.00 malam di TV3. Drama Dia adalah adaptasi Novel Dia terbitan Karyaseni. Nak tahu tak serba sedikit tentang Dia? Dia mengisahkan percintaan dua negara di antara Aira dan juga Adit. Adit telah dihantar untuk program pertukaran pelajar ke Kuala Lumpur. Di saat ingin ke Kuala Lumpur barulah Adit mengetahui tentang Tuan Hafiz. Tuan Hafiz telah bertarung nyawa membantu papanya yang menghidap penyakit hati. Setibanya di Kuala Lumpur, Adit mengenali Emelda (anak kepada Tuan Hafiz) dan Aira. Pertemuan kali pertama membuatkan Adit jatuh cinta kepada Aira. Malangnya percintaan mereka berhenti separuh jalan. Pengorbanan Tuan ...