Dia - Umie Nadzimah




Drama Dia lakonan Irwansyah (Adit), Izara Aishah (Emelda) , Janna Nick (Aira) dan ramai lagi menjadi drama ter'hot' setiap hujung minggu. Mana taknya, gabungannya dua negara ini sangat mantap. Malah membuatkan penonton - penonton tidak sabar menanti episode seterusnya. Drama Dia di siarkan setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad bermula jam 9.00 malam di TV3. Drama Dia adalah adaptasi Novel Dia terbitan Karyaseni.


Nak tahu tak serba sedikit tentang Dia?

Dia mengisahkan percintaan dua negara di antara Aira dan juga Adit. Adit telah dihantar untuk program pertukaran pelajar ke Kuala Lumpur. Di saat ingin ke Kuala Lumpur barulah Adit mengetahui tentang Tuan Hafiz. Tuan Hafiz telah bertarung nyawa membantu papanya yang menghidap penyakit hati.

Setibanya di Kuala Lumpur, Adit mengenali Emelda (anak kepada Tuan Hafiz) dan Aira. Pertemuan kali pertama membuatkan Adit jatuh cinta kepada Aira. Malangnya percintaan mereka berhenti separuh jalan. Pengorbanan Tuan Hafiz kepada Ferdie (papa Adit) membuatkan mereka menyatukan anak - anak mereka demi membalas budi. Berulang kali Adit cuba menolak cadangan papanya, namun hampa. Papanya tetap meneruskan perkahwinannya bersama Emelda

Adit cuba menerima Emelda dalam hidupnya. Dia bahagia walaupun ada ketikanya fikirannya masih teringat akan Aira. Namun kegembiraan yang di rasai hanya seketika. Emelda meninggalkan dunia ketika bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka, Icha Aulia. Kematian Emelda membuatkan perasaan benci dalam diri Puan Fatimah (ibu Emelda) terhadap keluarga Ferdie semakin membara. Puan Fatimah menyalahkan Adit atas kematian Emelda.

6 tahun berlalu, akhirnya Adit kembali ke Kuala Lumpur. Kedatangannya kali ini adalah untuk merapatkan siratulrahim di antara keluarganya dan juga keluarga mertuannya. Terlalu banyak dugaan yang terpaksa Adit tempuhi sebelum Puan Fatimah menerima dirinya serta Icha sepenuhnya.

Di pertengahan jalan memperbaiki hubungan kekeluargaannya, hati Adit kembali menyukai Aira. Namun ketika itu, Zahid telah berada di sisi Aira. Adit juga untuk memperbaiki hubungannya dengan Aira. Dengan bantuan anaknya, Aira kembali rapat dengannya. Namun masih belum mampu untuk memafkannya.

Cinta pertama adalah cinta yang paling sukar untuk di lupakan. Setelah perlbagai usaha di lakukan oleh Adit, akhirnya hati Aira kembali terpaut kepadanya. Namun diri Aira dalam dilema. Dia harus memilih di antara Adit dan juga Zaid, lelaki yang setiap menunggunya bertahun - tahun. Di tambah dengan wasiat dari Emelda membuatkan hidup Aira berentakkan.

Siapakah pilihan hati Aira? Adakah Aira akan memilih Adit @ Zaid? Atau Aira memilih untuk menunaikan wasiat Emelda? 

Mula - mula baca novel ni fara dah tertarik sangat - sangat untuk menyambung ke bab seterusnya. Finally after a weeks barulah habis baca. Good jobs writer. Macam - macam benda baru fara belajar terutama penggunaan Bahasa Indonesia. Overall novel ini sangat menarik. Fara bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️


Comments