Bawaku Terbang
TAYANGAN : 22 Disember 2018 (NTV7)
PENGARAH : Kas Roshan
PRODUKSI : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Hafiz Nolan, Bella Nazari, Ain Edruce, Miera Rahim
TRAILER
SINOPSIS BAWAKU TERBANG
Am (Amiruddin) seorang gamers yang sangat suka menghabiskan masa bermain game. Antara game kegemarannya adalah game penerbangan. Suatu hari Am dicabar oleh salah seorang gamer untuk masuk ke akademi penerbangan untuk menjadi seorang juruterbang sebenar. Am berusaha mengambil semula SPM dan memohon pembiayaan untuk melayakkan dia untuk masuk ke Akademi penerbangan.
Setelah melalui pelbagai halangan akhirnya Am berjaya menjejakkan kaki ke Akedemi Penerbangan untuk menjadi juruterbang sebenar. Bagaimanapun, sebaik diterima sebagai kadet, Am menyedari satu lagi halangannya iaitu GAYAT! Am hampir berputus asa namun setelah diberi semangat oleh jurulatihnya, Kapten Wan, Am berjaya mengatasi fobianya itu. Am yang sering menjadi bahan kutukan mengadu nasib kepada Julie, seorang kadet wanita yang sama-sama dalam akademi itu.
Lama-kelamaan hubungan antara mereka mula rapat tanpa mengetahui sebenarnya Julie merupakan gamers yang pernah mencabar Am dulu. Akhirnya Am dan Julie sama-sama berjaya menamatkan latihan mereka dan menjadi seorang juruterbang.

REVIEW BY FARA
Tak pernah tahu pun cerita ini wujud.. hehehhee... Secara tak sengaja terjumpa cerita ni dekat youtube. So siapa yang nak tengok boleh pergi ke youtube NTV7 okey!
Bagi fara, cerita ini berkisahkan tentang keberanian dan tidak mudah putus asa. Walaupun abang long Am tidak menyokong Am untuk mengambil peperiksaan ulangan, Am tidak putus asa. Dia tetap meneruskan niatnya mengikut kata hatinya. Kerana sikapnya itu dia berjaya hingga ke akhirnya.
Telefilem ini juga mengisahkan tentang persabahatan, di mana Am merendahkan egonya untuk meminta pertolongan Daniel bagi membantunya dalam pelajaran yang dia tertinggal. Banyak nilai - nilai murni yang dapat di peroleh dari drama ini.
Best part sebab telefilem ini tiada sikap hasad dengki dan benci membenci. Yang ada hanyalah persaingan sihat dalam mendapat kejayaan di anatar Am dan juga Julie.
Overall I'm given 

/5.

Kehidupan bukanlah satu perlumbaan, ia adalah satu perjalanan. Whatever you do, just enjoy yourself, enjoy your journey, enjoy your life.
~Bawaku Terbang, Daniel~
Keberanian tidak pernah terpisah dari ketakutan.Tapi terhasil dari ketakutan itu sendiri. Orang yang berani bukanlah orang yang tak perenah rasa takut. Tapi mereka adalah orang - orang yang mampu menakluki rasa takut itu
~Bawaku Terbang, Am ~
Setiap orang pastinya mempunyai ketakutan itu sendiri. Apa yang penting kita harus keluar dari ketakutan itu. Ketakutan ini menjadi penyebab kegagalan dalam hidup kita.
Comments
Post a Comment